Setiap pagi apabila kita terbangun dari tidur,kita bersyukur ke hadratNYA kerana kita masih bernafas seperti kebiasaannya. Kita berterima kasih kepadaNYA kerana mengizinkan kita untuk bersama orang tersayang buat sehari lagi. Begitulah putaran hidup kita setiap hari. Sehinggalah kita dipanggil untuk mengadap ALLAH swt.
Apabila kita diberi peluang untuk meneruskan hidup ini, bermakna masih ada urusan-urusan dan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Semua tugasan yang belum beres itu perlu dilangsaikan mengikut kepentingan dan keutamaannya.
Apabila kita diberi peluang untuk meneruskan hidup ini, bermakna masih ada urusan-urusan dan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Semua tugasan yang belum beres itu perlu dilangsaikan mengikut kepentingan dan keutamaannya.
Ada masanya kerja yang datang itu bertimpa-timpa.Lepas satu selesai akan datang satu lagi. Ada masanya juga di waktu yang sama kita akan mendapat 2 hingga 3 tugasan serentak. Maka di sinilah akan timbulnya tekanan kerja ataupun lebih popular disebut sebagai tensen. Sebagai manusia biasa,setiap dari kita pasti akan menghadapi dan melalui detik-detik ini. Tekanan kerja ini datangnya dari pelbagai pihak. Ada daripada majikan kita, ada daripada rakan sekerja dan ada juga dari keluarga sendiri.
Saya melihat tekanan kerja ini dari 2 sudut iaitu tekanan yang positif dan tekanan yang negatif. Saya lebih suka bercakap tentang negatifnya dahulu. Selalunya apabila kita tertekan, kita akan mudah marah dan melenting. Jika ada teguran ataupun nasihat daripada mana-mana pihak,kita akan cepat sensitif. Bagi kaum wanita,kita akan merasa sedih dan airmata mudah mengalir. Perasaan sayu dan pilu cepat menghantui sanubari kita. Tambahan pula, jika hasil kerja kita dipertikaikan kualitinya ataupun hasil kerja kita tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh majikan, lagilah perasaan tertekan itu menebal di jiwa kita. Bagi kaum lelaki, tekanannya tetap ada cuma mungkin mereka tidaklah terlalu emosional ataupun terlalu memikirkan tekanan tersebut. Positifnya pula ialah tekanan kerja ini akan menjadikan kita lebih efisyen.Ini kerana kita mesti bekerja dan menyiapkan tugasan kita mengikut timeframe yang dikehendaki. Rentak kerja juga akan menjadi lebih pantas dan cepat. Maka kuranglah waktu berbual-bual kosong ataupun lepak-lepak di kedai kopi mahupun kantin. Positifnya lagi kerana ia melatih kita menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi tekanan. Lebih banyak tekanan bermaksud lebih banyak asakkan yang kita terima. Orang yang selalu dimarahi dan ditegur akan memperolehi banyak iktibar dan pengalaman dalam kerjayanya. Kadangkala pihak majikan mahupun rakan sekerja sememangnya arif tentang kemampuan dan keupayaan kita bekerja,jadi mereka mahukan hasil kerja yang lebih baik dari yang telah diberikan. Sudah pasti kita akan tertekan di sini tetapi anggaplah ini sebagai satu komplimen atas sikap efisyen kita tadi.
Secara amnya, saya menulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sendiri. Tekanan kerja boleh mendewasakan dan mematangkan kita. Semakin saya tertekan, semakin kuat semangat saya untuk mempamerkan hasil kerja yang lebih berkualiti. Cuma kita perlu buka minda dan hati kita untuk terus bersabar dan berusaha sehabis baik. Tenangkan fikiran dan lapangkan hati menerima teguran dan nasihat. InsyaAllah, tekanan itu bisa diatasi. Cukup untuk hari ini. Jika ada kelapangan, saya akan menulis lagi di lain hari. Ogenkide.
OCHI TSUITE KUDASAI - Sila bertenang./ Calm down.
OCHI TSUITE KUDASAI diucapkan untuk menyuruh sesiapa sahaja agar bertenang. Boleh juga disebut OCHI TSUITE yang bermaksud bertenang.
Comments (1)
I haven't any word to appreciate this blog. I am impressed from this blog post. Thanks for shared this with us. Please do visit our site too.
카지노사이트
https://yhn876.com 카지노사이트