Bak kata orang, hidup ini bagai satu putaran roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Tidak selamanya kita akan susah dan menderita, juga tidak selamanya kita akan mengecap kebahagiaan dan kejayaan. Walaupun kita sentiasa mengharapkan yang terbaik buat diri kita, tetapi bersedialah untuk sesuatu yang buruk dalam hidup.
Lulus dalam peperiksaan, menang dalam sesuatu pertandingan dan mendapat sesuatu yang diidamkan adalah antara beberapa contoh kegembiraan dan kemanisan dalam hidup. Akan terpancar sinar bahagia di wajah dan senyuman yang tidak lekang dari bibir tatkala berada di ambang kejayaan. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah hati berbunga-bunga dan perasaan yang bergelodak apabila nama kita disebut sebagai seorang yang berjaya.
Tetapi cuba bayangkan apabila sesuatu yang sebaliknya berlaku ke atas diri kita. Markah peperiksaan yang diperolehi sangat rendah, kalah dalam pertandingan yang disertai dan gagal mendapat sesuatu yang sangat kita inginkan. Ini adalah perkara-perkara yang membuat kita murung dan sedih. Sekali-sekala dimarahi atau diherdik juga bisa membuat kita berasa sayu hati.
Bagi saya, setiap orang pasti melalui saat-saat seperti ini yang disebut "THE UPS AND DOWNS IN LIFE". Sudah menjadi lumrah di dunia dan asam garam kehidupan, setiap dari kita akan merasa suka-duka, sedih-gembira, pahit-manis, berjaya-gagal dalam setiap momen di sepanjang hayat ini. Cuma yang membezakan antara setiap individu tersebut ialah berapa banyak iktibar yang diperolehinya bagi setiap jatuh bangun yang dialaminya. Adakah naik turun dalam kehidupan kita bisa menjadikan kita lebih kuat dan cekal atau pun kita akan terus tersungkur dan tidak bangun-bangun lagi?
Secara peribadinya, naik turun dalam kehidupan ini lebih menguatkan semangat saya untuk terus ke hadapan. Setiap kegagalan yang pernah saya perolehi, saya jadikan panduan dan iktibar supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama yang akhirnya akan menggagalkan saya sekali lagi. Lagi banyak ujian dan dugaan yang saya terima, lagi bertambahlah kekuatan saya untuk menempuhi segalanya. Kekuatan dan kecekalan saya terbina dari segala kegagalan dan kejatuhan yang pernah saya alami dahulu. Tidak perlu gusar dan murung memikirkan nasib diri yang malang kerana akhirnya merugikan diri sendiri. Terus pandang ke hadapan kerana kita tidak tahu apakah peluang-peluang keemasan yang menanti di hujung sana.
Hidup tidak selalunya indah ... tetapi keindahan yang diperolehi itu bisa mewarnai segenap ruang kehidupan kita untuk selamanya. Fikirkanlah!
TSUMARANAI MONO NAN DESUGA - Hadiah ini tidaklah seberapa nilainya
TSUMARANAI MONO DESU - Hadiah yang membosankan/ hadiah yang
TSUMARANAI MONO NAN DESUGA diucapkan ketika kita memberi hadiah atau cenderahati kepada orang lain. Di sini kita merendahkan diri kita dengan mengatakanyang hadiah atau cenderahati yang kita berikan itu tidaklah mahal atau tidak cantik tetapi sudilah untuk menerimanya.
TSUMARANAI MONO DESU pula ungkapan biasa menerangkan yang hadiah atau cenderahati itu membosankan dan tidak menarik.
TSUMARANAI bermaksud bosan/jemu. Jika kita bosan atau jemu sebut saja TSUMARANAI NA.
Akhir kata, hadapilah setiap hari yang mendatang dengan penuh ceria dan bersemangat.
Comments (2)
Hajimemashite Hani-sensei...Watashi wa Azrin desu...Motto KUSESS no gakusei desu...Alamak, rasanye dah salah kot ayat saya tu...Anyway, saya betul2 interested nak belajar Jepun sebab saya ni fanatik Jepun laa sensei ^^' masa kat Kusess dulu tak dapat belajar banyak sangat sebab Akiko sensei yg terajui Kelab Bhs Jepun masa tu dah nak pindah...Cikgu penah duk Jepun ke?
Hajimemashite Azurin-san.Berminat nak belajar NihonGo bagus!Saya betulkan ayatnya ye..WATASHI WA MOTOMOTO KUSESS NO GAKUSEI DESHITA. Saya belajar di Jepun selama 5 thn(1997-2002)then balik posting masuk KUSESS.Ganbatte ne!Mata.