Seringkali kita mendengar soalan-soalan "nak sambung belajar di mana selepas ni?", "buat course apa di U?" atau " masuk U mana ni?". Semua soalan tadi adalah soalan-soalan yang biasa diajukan tatkala para pelajar hendak melanjutkan pelajaran setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selalunya kita akan merasa teruja apabila jawapannya" Saya akan ke US", "Saya akan ke UK", "Saya buat medic", "Saya ambil engineering", " Saya masuk Purdue" dan banyak lagilah bentuk jawapan yang seangkatan dengannya.
Kadang-kadang saya rasa terpanggil untuk membuka internet dan membuat pencarian saya tentang universiti-universiti di dunia ini. Bukannya apa, saya merasa sedih juga apabila nama universiti yang disebut itu kadangkalanya bukanlah universiti yang baik untuk bidang yang dipilih itu.
Saya sudah melakukan kajian dan mengumpul bahan tentang universiti-universiti di dunia ini sejak beberapa tahun yang lalu. Kajian saya berdasarkan beberapa sumber dan faktor selain daripada maklumat yang diperolehi di alam maya.Pengalaman sahabat-handai, saudara-mara dan cendekiawan yang saya dengar sama ada dari mulut mereka sendiri mahupun dari bahan-bahan yang saya baca banyak memberi input tentang bagaimana mengklasifikasikan universiti-universiti di dunia ini.
Disebabkan saya lulusan dari negara Matahari Terbit, jadi lebih baik saya memberi senario universiti di sana terlebih dahulu. Terdapat lebih dari 1000 universiti dan kolej pengajian tinggi di Jepun. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan ada yang tidak diiktiraf pun. Jika anda memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dengan pembiayaan sendiri, terlebih dahulu dapatkan senarai universiti yang diiktiraf kelulusannya oleh kerajaan Malaysia. Kerana dikhuatiri setelah penat belajar selama 4 tahun, apabila pulang ke Malaysia,ijazah anda tidak diterima di sini. Tetapi jika anda terpilih atas tiket biasiswa dari JPA,MARA dan Petronas, maka tempat anda belajar itu mempunyai reputasi yang baik dan ijazahnya diakui di Malaysia. Contoh universiti-universiti terbaik di Jepun untuk bidang kejuruteraan ialah Tokyo Institute of Technology(TIT), Keio University, Tokyo University dan Kyoto University. Manakala bagi bidang perubatan pula ialah Akita University dan Chiba University.
Di Amerika sahaja terdapat lebih dari 3000 buah universiti dan kolej. Ada yang kita pernah dengar namanya dan tidak kurang juga yang kita tidak pernah dengar langsung pun ada. Sudah tentulah Massachusetts Institute of Technology(MIT), Purdue University dan Northwestern University mendahului bagi bidang kejuruteraan. Harvard, Princeton ,Yale dan Stanford bagus dalam bidang perundangan, perdagangan dan sains sosial.
Begitu juga di UK,sebut sahaja Imperial College maka kita akan terbayang wajah-wajah bakal jurutera yang hebat dan bijak. Begitu juga dengan London School of Economic (LSE) yang telah melahirkan ramai pakar ekonomi dan ahli perniagaan dunia yang berjaya dan ternama. Jika anda berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan,pilihlah Oxford University ataupun Nottingham University.
Sekadar menyebut beberapa nama universiti-universiti yang bagus dan gah di dunia,sebenarnya banyak lagi universiti yang baik dan terkenal. Tidak perlu tinjau jauh-jauh,negara jiran kita sendiri iaitu Indonesia,Singapura dan Thailand juga mempunyai beberapa buah universiti yang hebat.Antaranya ialah Universiti Chulalongkorn, Singapore National University, Nanyang University dan Universiti Gajah Mada.
Apabila melihat kehebatan universiti-universiti luar negara tidak bermaksud kita membelakangkan universiti-universiti yang terdapat di dalam negara kita sendiri. Universiti Malaya(UM) sebagai contohnya berjaya meletakkan bidang perubatan dalam kedudukan 200 universiti terbaik di dunia. Begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang sentiasa mengikut rapat di belakang UM dalam bidang perubatan.
Jadi, buatlah sedikit kerjarumah dengan mendapatkan info universiti-universiti yang anda berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Carilah di internet, carilah di akhbar-akhbar dan bertanyalah dengan mereka yang arif tentang hal ini sebelum anda membuat sesuatu keputusan. Jangan salah memilih jurusan di universiti yang salah.
Ada seorang saudara saya yang menuntut di Northwestern University,America dalam bidang kejuruteraan petroleum dan beliau berjaya mendapat 3.8 di akhir peperiksaannya dan ditawarkan membuat ijazah sarjana oleh Massachusette Institute of Technology. Tetapi disebabkan beliau ialah pemegang biasiswa JPA,maka beliau harus pulang ke Malaysia terlebih dahulu. Di Malaysia, beliau telah ditawarkan bekerja oleh Exon Mobil kerana CGPA beliau yang tinggi. Kini beliau merupakan antara beberapa Pengurus Projek yang mengendalikan kursus untuk pakar-pakar dari luar negara yang ingin mendapatkan khidmat nasihat Exon Mobil.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, rancanglah masa depan anda sebaik mungkin.Walaupun kita tidak tahu apakah kesudahan hidup kita tetapi hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Selamat merancang masa depan anda!

DAIJOUBUDESUKA - Awak tidak apa-apakah?/ Awak OK?
HAI,DAIJOUBUDESU - Ya, saya tidak apa-apa./ Saya OK.
IIE,DAIJOUBU DEWA ARIMASEN - Tidak, saya kurang baik.

DAIJOUBUDESUKA di gunakan untuk bertanya keadaan seseorang setelah berlaku sesuatu musibah. Contohnya, jika ada kawan kita yang dimarahi guru,atau ada yang jatuh pokok,atau ada yang kemalangan.

HAI,DAIJOUBUDESU merujuk kepada jawapan jika keadaannya baik dan memuaskan.

IIE,DAIJOUBUDEWA ARIMASEN pula jika situasinya tidak memuaskan atau tidak baik.

Sekian untuk hari ini.Jumpa lagi!

Comments (8)

On 21/10/09 12:08 PG , Tanpa Nama berkata...

i agreed...
i dun meant to brag but my university is ranked numero uno in central europe n number 97 for d world ranking..wish me luck sensei..its very tough living in foreign country..especially non-english speaking country like czech..ok sensei..take care..

 
On 21/10/09 9:03 PTG , Hani Azita Ahmad berkata...

Agreed that studied in non-english speaking country is tough. I stayed in Japan for 5 yrs and I experienced that. But,always remember that the difficulties just in the beginning and you will feel at ease as time goes by.

 
On 20/1/13 11:33 PTG , Unknown berkata...

salam,

TQ info yg sangat baik. Nak tanya Tsukuba Universiti macam mana di Jepun? Saya mencari universiti di Jepun yang menjurus kepada pertanian. Nak sambung master 2014 di sana.

 
On 24/3/13 9:43 PTG , ayu suhana berkata...

salam..saya juga ingin mengetahui universiti yg plg ok untuk buat phd dlm bidang pendidikan..memandangkan kita sesama guru..mungkin info dari cikgu lebih memberi panduan kpd saya...

 
On 13/4/13 11:59 PTG , Ms. Brighten berkata...

Assalamualaikum.. saya nak tanya pendapat, universiti mana kat jepun bagus untuk sambung master marine biologi atau marine sains... tq

 
On 17/8/13 11:43 PTG , Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya nak tanya, sekarang ini saya sedang belajar kos kejuruteraan kimia dan bioproses di uitm(degree)..agak2 boleh x smbung buat master di jepun? dan universiti mana yang menawarkan kos yg berkait dgn kos sy? yg diikitiraf kerajaan malaysia

 
On 17/2/14 10:50 PTG , Insan Biasa berkata...

di Jepun ada x kos perfileman?

 
On 24/9/14 10:37 PTG , Unknown berkata...

Assalamualaikum, saya nak tanya, sekarang ini saya sedang belajar kos kimia analisis&persekitaran(degree)...agak2 ada tak di universiti di jepun menawarkan kos yang berkaitan dengan kos saya...universiti yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia.